Pengenalan

Salam. Saya Coach KC. Dahulu, saya memimpin sekumpulan lelaki yang Memikat Perempuan Dengan Integriti. Kini, saya membantu Perempuan Melayu untuk mencari, menarik, dan memikat Lelaki Ideal mereka.

Jemaah Perempuan ini yang menggelarkan diri mereka sebagai Perempuan Yang Mulia:

Percaya bahawa masih ada lelaki yang baik untuk mereka di luar sana.

Percaya lelaki bukan semuanya sama.

Tahu dan sedar bahawa musuh utama dalam mencari, menarik dan memikat Lelaki Ideal mereka bukanlah Perempuan-perempuan lain atau pun situasi yang di luar kawalan mereka (seperti dunia yang tidak adil kepada Perempuan).